Kampus Melang UiTM Kampus Kuala Pilah

UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 di Bangunan Pertanian NST yang terletak di Jalan Melang di daerah Kuala Pilah. Kampus tetap Beting telah beroperasi pada Jun 2009. Sejak dari tarikh tersebut kampus Melang tidak lagi beroperasi sehingga Julai 2010. Oleh kerana kampus Beting tidak dapat menampung pelajar maka kampus Melang dibuka semula.

Di kampus Melang terdiri dari 22 buah asrama rumah banglo. Satu-satu banglo boleh memuatkan 12 hingga 28 orang pelajar. Untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran kampus Melang mempunyai 10 bilik kuliah. Sembilan daripadanya dilengkapi dengan LCD projector. Kesemua bilik kuliah dilengkapi dengan penghawa dingin.

Kampus Melang juga menyediakan kemudahan kafe dan sebuah kedai runcit yang beroperasi dari pagi hingga malam. Terdapat sebuah surau yang boleh menampung jemaah seramai 120 orang. Untuk tujuan beriadah pelajar-pelajar boleh bermain futsal di padang futsal.Seiring dengan perkembangan teknologi, pelajar-pelajar boleh melayari Internet dengan adanya 4 Akses Point kemudahan Wifi di lokasi wakaf, surau dan kafe.